Wednesday, 22 May 2013

Tarikh Kursus Kenegaraan BTN 2013

Tarikh Kursus Kenegaraan BTN untuk Calon Master, PhD dan Sub-kepakaran ke Luar Negara


Permohonan Adhoc Program Pasca Siswazah Luar Negara Mara 2013

Ada ramai yang bertanya tentang permohonan adhoc mara ni. Permohonan ni dibuka sepanjang tahun. Tiada tarikh tutup. Tapi permohonan hanya boleh dilakukan secara manual. Kena ambil borang di pejabat Mara di Jalan Raja Laut. 

Permohonan adhoc ni biasanya untuk pelajar-pelajar yang dah berada di tahun satu atau tahun dua dan nak apply untuk pinjaman Mara untuk tahun berikutnya. Mara akan consider permohonan mereka bergantung kepada kewangan Mara. Tapi, untuk batch Pasca 2012 tahun lepas, ada juga pelajar yang sambung master menggunakan permohonan adhoc ni. Kira tak semestinya kena dah belajar baru boleh apply.  Elaun pun sama dengan pelajar biasa cuma tak dapat claim visa dan tiket penerbangan. Sebenarnya it depends on Mara jugak la kot. Sebab ada yang dah bertanya dengan pihak Mara, Mara cakap tu untuk pelajar yang dah berada di tahun pertama. Tapi kalau master pun setahun je, macam mana pulak tu kan. 

So apa-apahal berkenaan permohonan adhoc ni boleh tanya terus kepada pihak Mara Bahagian Penganjuran Pelajaran. Kalau kat Bangunan Mara Jalan Raja Laut, tempatnya kat tingkat 3. 



Sebarang penjelasan dan maklumat lanjut berkaitan, sila hubungi pegawai MARA seperti butiran di bawah:-

i. En Muhammad Sufian Bin Sayudin
Penolong Pengarah
(msufians@mara.gov.my)
03 2613 2043

ii. Cik Farah Wahida Binti Abd Ghafar
Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi
(farahw@mara.gov.my)
03 2613 2045

iii. En. Mohd Rizan Bin Shuhairi
Pembantu Tadbir
03 2613 2048

iv. No Fax
03 2691 5854

 

Semakan Keputusan Program Pasca Siswazah Luar Negara MARA 2013

Semakan Keputusan Program Pasca Siswazah Luar Negara MARA 2013 boleh di semak pada akhir bulan Mei 2013 untuk kedua-dua batch (batch 1 - ujian di Beranang & batch 2 - ujian di Kajang). Dan telah dimaklumkan bahawa ujian psikometrik yang telah diambil sebelum ini merupakan proses terakhir yang perlu dilalui oleh calon-calon yang memohon Program Pasca Siswazah Luar Negara 2013. Dengan itu, proses temuduga tidak akan dijalankan. 

Semakan boleh di buat di portal Mara,




Sila semak page ini dan portal MARA dari semasa ke semasa dan facebook (Pasca2013) bagi mengetahui makluman terkini.



Good luck untuk semua. Ini baru 20% ada banyak lagi nak kena settle kan selepas ni sebelum anda fly. Bersedia! Saya akan share sedikit sebanyak info-info yang berkaitan.

Wednesday, 27 February 2013

Elaun MARA untuk Pelajar Sarjana (Master) di UK


Saja nk share elaun yang pelajar Mara dapat di United Kingdom untuk pelajar master. Elaun ni sama untuk semua pelajar yang berbeza hanyalah yuran pengajian. Sebabnya setiap yuran pengajian kat setiap universiti adalah berbeza. Jadi nilai pinjaman akan berbeza untuk semua orang. 

Mara akan bagi elaun 6 bulan pertama sekaligus (lumpsum). Termasuk elaun-elaun seperti elaun penempatan, elaun buku, elaun perkakas, elaun pakaian (baju sejuk). Semua ni around RM 41,000 untuk kadar B. Jadi pandai-pandai lah berjimat ya. Banyak sangat duit.

Program Pasca Siswazah Luar Negara MARA 2013



Majlis Amanah Rakyat (MARA) mempelawa calon-calon yang layak memohon pinjaman pelajaran boleh ubah bagi membiayai pengajian peringkat Sarjana, Profesional dan Doktor Falsafah di universiti luar negara. Ini adalah usaha untuk melahirkan lebih ramai  modal insan yang berprestasi tinggi untuk menyumbang kepakaran dalam kursus yang menjurus ke arah 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA).



Peringkat Dan Bidang Pengajian

Sarjana / Doktor Falsafah


i. Bidang Teknikal
    • Sains Perubatan – Perubatan, Pergigian, Psikiatri, Optometri, Veterinar, Farmasi, Fisioterapi dan Radiografi
    • Kejuruteraan – selain Kejuruteraan Awam
    • Teknologi – Senibina, Senibina Dalaman, Rekabentuk Dalaman, Perancangan Bandar dan Wilayah, Ukur Tanah, Ukur Bahan, Multimedia dan Teknologi Maklumat.
    • Sains Gunaan – Bio Perubatan, Biologi Gunaan, Bioteknologi, Matematik Gunaan, Sains Fizik dan Gunaan, Sains Alam Sekitar dan Sains Teknologi Makanan.
    • Sains Tulin / Kuantitatif – Sains Aktuari, Biologi, Fizik, Kimia, Matematik, Sains Hayat, Statistik, Sains Komputer.
    • Lain-lain bidang teknikal yang dikenalpasti untuk keperluan negara

ii. Bidang Bukan Teknikal
    • Sastera Ikhtisas – Ekonomi, Pentadbiran Perniagaan, Perbankan / Kewangan Islam, Perakaunan, Undang-Undang, Pembangunan Usahawan, Pengangkutan, Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti dan Pengajian Islam (Al-Quran / As-Sunnah / Syariah / Usuluddin)
    • Lain Lain bidang bukan teknikal yang kritikal dan dikenalpasti untuk keperluan negara

Profesional

    • Perakaunan – ACCA / CA / CIMA / CFA
    • Penerbangan – Aircraft Maintenance (B2 / TB2)
    • Senibina – RIBA Part II, RIBA Part III
    • Undang-undang – LLM
    • Kejuruteraan – IR
    • Lain-lain bidang Profesional yang diiktiraf oleh Badan Profesional yang berkaitan.


Syarat Asas


    1. Pemohon berketurunan Melayu / Bumiputera dan warganegara Malaysia.
    2. Salah seorang ibu atau bapa pemohon berketurunan Melayu / Bumiputera dan warganegara Malaysia.
    3. Had umur pemohon tidak melebihi seperti berikut pada 31 Disember 2012: Sarjana dan Profesional 35 tahun, Doktor Falsafah 40 tahun
    4. Pemohon telah menamatkan pengajian peringkat terdahulu semasa iklan ini dikeluarkan.
    5. Pemohon tidak mempunyai kelayakan akademik yang setaraf dengan permohonan.
    6. Pemohon perlu mempunyai kelayakan akademik minimum peringkat Ijazah Sarjana Muda untuk memohon tajaan MARA di peringkat Profesional. Kelayakan akademik bagi peringkat sijil dan diploma tidak akan dipertimbangkan.
    7. Pemohon tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk pengajian atau peringkat yang sama.
    8. Mendapat tawaran pengajian bersyarat (conditional offer) atau tanpa syarat (unconditional offer) daripada universiti berkenaan.
    9. Keutamaan diberikan kepada pemohon yang mendapat tawaran daripada universiti ranking tertinggi dalam bidang pengajian berkenaan rujukan Times Higher EducationAcademic Ranking of World Universities dan QS World University Ranking.
    10. Pemohon diwajibkan menduduki ujian International English Language Testing System (IELTS) atau Test of English as a Foreign Language (TOEFL) atau Scholastic Aptitude Test (SAT) mana yang berkaitan dan memenuhi syarat pencapaian akademik yang ditetapkan oleh MARA.
    11. Menduduki peperiksaan berkaitan sekiranya disyaratkan oleh universiti seperti Graduate Record Examination (GRE), Graduate Management Admission Test (GMAT) dan sebagainya. Tahap pencapaian adalah sepertimana yang ditetapkan oleh pihak universiti.
    12. Mendapat pelepasan / penangguhan kontrak perkhidmatan atau bayaran balik pinjaman daripada badan penaja lain (kecuali MARA) untuk pengajian sebelum ini. Tiada tanggungan hutang pinjaman pelajaran atau berstatus blacklist bagi pengajian terdahulu sekiranya ditaja oleh MARA.
    13. Tidak pernah ditamatkan bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab tindakan disiplin dan menyalahi undang-undang negara.
    14. Mendapat kelulusan cuti belajar tanpa gaji atau pengesahan bertulis mengenai pelepasan / perletakan jawatan daripada majikan bagi calon yang sedang dalam perkhidmatan.
    15. Bagi calon di kalangan tenaga pengajar di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) hendaklah mengemukakan surat kelulusan perletakan jawatan.
    16. Mengikuti kursus kenegaraan anjuran MARA atau agensi lain sekiranya ianya sebahagian daripada syarat wajib sebelum ke luar negara.


Kelayakan Akademik

Syarat Am Akademik

    1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi Kredit bagi semua matapelajaran yang di ambil.
    2. Pelajar diwajibkan menduduki peperiksaan dan memenuhi syarat yang ditetapkan oleh MARA seperti butiran di bawah :
    • International English Language Testing System (IELTS) dengan pencapaian keseluruhan Band 6.5 ke atas; atau
    • Test of English as a Foreign Language (TOEFL) dengan pencapaian 79/120 (Internet Based Test); atau
    • Scholastic Aptitude Test (SAT) dengan pencapaian 1,000 mata ke atas.

Syarat Khusus Akademik

i. Ijazah Sarjana
    • Bidang Teknikal – memiliki Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf dengan memperoleh sekurang-kurangnya CGPA : 3.00 ke atas atau setaraf dengannya.
    • Bidang bukan Teknikal – memiliki Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf dengan memperoleh sekurang-kurangnya CGPA : 3.50 ke atas atau setaraf dengannya.

ii. Doktor Fasafah
    • Bidang Teknikal – memiliki Ijazah Sarjana yang diiktiraf dengan memperoleh sekurang-kurangnya CGPA : 3.00 ke atas atau setaraf dengannya.
    • Bidang Bukan Teknikal – memiliki Ijazah Sarjana yang diiktiraf dengan memperoleh sekurang-kurangnya CGPA : 3.50 ke atas atau setaraf dengannya.

iii. Profesional
    • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi Kredit bagi semua matapelajaran yang di ambil.
    • Memiliki Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf dengan memperoleh sekurang-kurangnya CGPA : 3.00 ke atas atau setaraf dengannya.

Kelayakan Dan Tempoh Penajaan

    • Kursus yang ditaja adalah diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan Badan Profesional yang berkaitan.
    • Permohonan terbuka untuk pengajian secara Kerja Kursus (Coursework) atau Penyelidikan (By Research) secara sepenuh masa.
    • Permohonan ini adalah terbuka bagi kemasukan sesi pengajian yang bermula di antara bulan Julai 2013 hingga April 2014.
    • Tempoh pengajian bagi setiap peringkat pengajian adalah seperti berikut:
      • Sarjana dan Profesional – 1 hingga 2 tahun
      • Doktor Falsafah – 3 hingga 4 tahun


Permohonan

  • Sila layari laman web MARA untuk maklumat lanjut dan permohonan.

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi seperti butiran di bawah :
  • Bahagian Penganjuran Pelajaran,
    Tingkat 3,
    Ibu Pejabat MARA,
    Jalan Raja Laut,
    50609 Kuala Lumpur

    (u.p: Unit Penajaan / Unit Dasar & Pembangunan IPT)
    Telefon : 03-2613 4211, 03-2613 4372 (8.00 pagi hingga 5.00 petang)
    Email : infoBPP@mara.gov.my