Wednesday, 22 May 2013
Permohonan Adhoc Program Pasca Siswazah Luar Negara Mara 2013
Ada ramai yang bertanya tentang permohonan adhoc mara ni. Permohonan ni dibuka sepanjang tahun. Tiada tarikh tutup. Tapi permohonan hanya boleh dilakukan secara manual. Kena ambil borang di pejabat Mara di Jalan Raja Laut.
Permohonan adhoc ni biasanya untuk pelajar-pelajar yang dah berada di tahun satu atau tahun dua dan nak apply untuk pinjaman Mara untuk tahun berikutnya. Mara akan consider permohonan mereka bergantung kepada kewangan Mara. Tapi, untuk batch Pasca 2012 tahun lepas, ada juga pelajar yang sambung master menggunakan permohonan adhoc ni. Kira tak semestinya kena dah belajar baru boleh apply. Elaun pun sama dengan pelajar biasa cuma tak dapat claim visa dan tiket penerbangan. Sebenarnya it depends on Mara jugak la kot. Sebab ada yang dah bertanya dengan pihak Mara, Mara cakap tu untuk pelajar yang dah berada di tahun pertama. Tapi kalau master pun setahun je, macam mana pulak tu kan.
So apa-apahal berkenaan permohonan adhoc ni boleh tanya terus kepada pihak Mara Bahagian Penganjuran Pelajaran. Kalau kat Bangunan Mara Jalan Raja Laut, tempatnya kat tingkat 3.
Sebarang penjelasan dan maklumat lanjut berkaitan, sila hubungi pegawai MARA seperti butiran di bawah:-
i. En Muhammad Sufian Bin Sayudin
Penolong Pengarah
(msufians@mara.gov.my)
03 2613 2043
ii. Cik Farah Wahida Binti Abd Ghafar
Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi
(farahw@mara.gov.my)
03 2613 2045
iii. En. Mohd Rizan Bin Shuhairi
Pembantu Tadbir
03 2613 2048
iv. No Fax
03 2691 5854
Semakan Keputusan Program Pasca Siswazah Luar Negara MARA 2013
Semakan Keputusan Program Pasca Siswazah Luar Negara MARA 2013 boleh di semak pada akhir bulan Mei 2013 untuk kedua-dua batch (batch 1 - ujian di Beranang & batch 2 - ujian di Kajang). Dan telah dimaklumkan bahawa ujian psikometrik yang telah diambil sebelum ini merupakan proses terakhir yang perlu dilalui oleh calon-calon yang memohon Program Pasca Siswazah Luar Negara 2013. Dengan itu, proses temuduga tidak akan dijalankan.
Semakan boleh di buat di portal Mara,
Sila semak page ini dan portal MARA dari semasa ke semasa dan facebook (Pasca2013) bagi mengetahui makluman terkini.
Good luck untuk semua. Ini baru 20% ada banyak lagi nak kena settle kan selepas ni sebelum anda fly. Bersedia! Saya akan share sedikit sebanyak info-info yang berkaitan.
Subscribe to:
Posts (Atom)